Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 22 October 2014

APA ITU ARCA





PENGENALAN  ARCA

    Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga menyampaikan sesuatu mesej.
    Sesetenga arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan.
    Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.



DEFINISI  ARCA  TIMBUL

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.



SEJARAH  ARCA

 Sejarah penemuan terawal seni arca – 

    terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India.Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai.Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu. Zaman Renaissance – arca ‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.

     Di Malaysia, kaum asli Mah Meri  dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka.Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.

    Generasi muda yang turut melibatkan diri dalam penghasilan karya arca ialah Mat Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Wong Pei Yu dan lain-lain. Sebuah Laman Asean diwujudkan untuk mengumpulkan karya arca sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan ASEAN yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur





CIRI-CIRI  ARCA  


   Mementingkan unsur ruang dan bentuk dan imbangan.  Dalam proses menghasilkan arca, prinsip rekaan imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian hendaklah diambilkira.



JENIS – JENIS  ARCA

   Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

ARCA  ASEMBLAJ

   Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1289_4gwXOOkKrVzm6rVaBiaaz55aBI_tezmCS5A8iwGMKsO7u8ZPTf8Ac0nlNyU748tq6Ngt-x0Lt6PJ1I_KQKaxnY9Kkjg7ar8Lo-OCrb5NPObhptY1KbTW6UkW5_KXt9RX3Apxljdu/s660/image002.jpg

http://media.log-in.ru/images/photosets/article_686/04.jpg

ARCA  TIMBULAN

  Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik.


                                      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNPlpPctXPwjBJCY81yFGfMTMQ7EBEgUITVcqdmR3Tom7dUG976BduHiBckRzmcbsKBAuLgv7kINpsIzkZ7n0sMixE6yEob6NLSavVnf5M53GC5hGv9liUw1Gq-V51TSf_t-mO9qymE8sq/s400/15%255B1%255D.jpg



 http://simplicityfactor.com/wp-content/uploads/2011/11/plaster.jpg



ARCA  MOBAIL

   Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau 
berombak. 

                                 
                                                      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitCf5ZkjSwM7rnq5EfLzQs8O3DZwbOah4esHsEc1V9pDjRpohjoRW5d7FhUJVDB34n4is4TaWW9absdwy7kPAuBAobNmEpT8uLXw9WK_xHNaO94qdQC-ybd0ee5rUteCIwtQQv4c0Brnk/s320/f693c313414e27df5524c5b1ae597c5f.jpg


                           http://4.bp.blogspot.com/-xPOjA6xNV0w/UIiJ4XX7f6I/AAAAAAAAALs/uukJB34XQ7Q/s1600/contoh18.png



ARCA  STABAIL

   Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh digerakkan. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

   Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

                          
                                           http://www.gold-silver-casting.com/images/StabilSculpture2.jpg



                                                      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMggCo_Yjb7ITgs990jHeQLfOWB9RELW0tBE_DVCt8InTEodGANoYhOa978SGvs_ORsKI3GtOte0me4Am3OpnnGS5NeDOItuv7LUNMHIxPYeVxdOfWgDYIRUnjm-QQhq7gHyIGoEUyGbM/s1600/duchampwheel.png







0 comments:

Post a Comment